Tuesday, 28 June 2011

Events Of Isra And Mikraj

 Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
  Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
  Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR danWA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.  
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
  Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

--> Copy and Paste dari internet :))

Saturday, 25 June 2011

Tired meyh :(


 Hee , ubat orang sakit . sampai bile nak makan ubat ni . Dah lha pilnye BESAR-BESAR . pehh , manyak tidur . banyak sangat penyakit . aku nak story , korang fikir are sdiri . sape yg dah tahu . diam k .

Friday, 24 June 2011

Sleep Disorders.


Aku kini sedang mengalami sleep disorders. Tak dapat lelapkan mata, tak dapat tidur nyenyak. Perkara ini sangat memenatkan. Ya,SANGAT. Akibat tak cukup tidur, aku akan bangun setiap pagi dengan perasaan seperti seorang zombi.

Sejak kebelakangan ni, berlaku beberapa insiden yang telah mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam diri ini. Ditambah lagi dengan netbook yang bermasalah seterusnya menyukarkan aku untuk melayari internet, aku rasa sangat geram. Rasa seperti ingin melempang sahaja anjing-anjing liar yang semakin galak berkeliaran di sekitar Taman ini. WADEHEL!?

612 --> Nickelodeon

Okayyy, hal ni aku baru perasan beberapa hari yang lepas. Semenjak habis Mid Year Exam ni, aku duduk rumah, tiap-tiap hari kalau aku switch on tv, tak kira pagi petang siang malam, aku akan tekan nombor 6, nombor 1, dan juga nombor 2 pada remote control Astro. Ya, aku bukak channel Nickelodeon. TIAP-TIAP HARI.

Dan setiap hari jugak lah aku akan tengok kartun SpongeBob SquarePants. Jalan cerita dan karakter-karakter dalam cerita ini sangat simple, tapi kelakar. Tapi dalam banyak-banyak karakter, bagi aku Patrick Star paling best.

See? Patrick sangat comel dan kelakar :)

N For Nova

Thank you Rumai for the tagged. Pheww, I took quite a long time to come up with the answers, so here goes!




Rules: It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people including the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real.. nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. 


1..2...3...go !!!!


What is your name:
Nurul Zahirah Azhan
A four letter word:
Neat

A boy's name:
zack
A girl's name:
zera
An occupation:
Doctor

Something you'll wear:
Nike shoes (Yeahh!)

A type of food:
Neapolitan ice cream :)

Something found in the bathroom:
Nail clippers

A place:
New York City

A reason for being late:
                                                                      No reason :P

Something u'd shout:
Not in this life, keep on dreaming! (HAHA.)

Something you drink:
Nescafe

A musical group:
New Kids On The Block

An animal:
Nyamuk!

A type of car:
Norma Sport (Found it on the internet, one of the Argentina's car brands.)

A type of fruit:
Nashi pear (The Japanese style pear - it's a mixture of an apple and pear.)

and i'm passing this to :
Encik Yusry
Cik Dania
Fara Fasiha
Nur Afrina
Muhammad Rauf

To those who have been tagged, time to do your part!

order to self-


Kau kena kuat semangat, zera!

You're tired of hurting, You're Tired Of Living In A Lie




Hey , guys . tadi Terdengar lagu Justin Bieber --> That Should Be Me . Aww aww tetibe saya TERgoda . Nice lha lagu tu . Lagunye je, orangnye tak . Saya Fuckin' Justin Bieber . Tapi dia Comel . Eh, sudah jangan nak menjagkit Si Farah BIEBERR tu ==' . Hi , guys . Zaman sekarang ni dah ramai kan peminat Justin Bieber ? hahaha :) Sini aku nak sedarkan peminat - peminat JB tuh terutama yang beragama Islam. Aku hairan , pelik , kenapa korang fanatic sangat dengan JB tuh ? Cuba jelaskan sikit . Because dia handsome ? kacak ? comel (OMG) ? stylo ? kan ? hahaha , lagi satu sebab suara dia sedap kan .

Ouchh , guys . Aku dah pesan berapa kali dah , JB tuh artis yang fuck Islam . Justin Bieber , Rihana , Lady Gaga antara artis freemason , artis yang bencikan agama islam dan tidak sukakan islam . Sekarang ni dah ramai girl taksub dengan JB tuh , ramai add aku kebanyakkannye peminat JB =='

Dekat nickname pun siap tulis ' Bilieber ' ' Bieber Fever ' alahai budakbudak ni :) Kau dengar lagu tu semua mengutuk ALLAH . Kata Tuhan itu lemah . Alejandro , bermaksud Allah itu tiada atau Allah lemah . Walawey , cecite kenape kau tergila sangat ? Jb bukan kesah pun dengan korang yang terkejarkejar dia . Dia cium Salena Gomez . kau jelouse , ada dia kesah ? pastu kau pakai pakaian seksi seksi depan JB masa buat consert . Kau ingat kau mat saleh ke ? cantik sangat ke kulit kau tu ? dia tak jadikan kau scandal dia kan .

Fulamak , lelaki memang suka aku post ni , perempuan ? HARAM nak suka :) bagus siapa yang sedar , siapa yang terasa . Niat aku nak betulkan apa yang korang buat . Niat aku bukan nak mengutuk sana , mengutuk sini . Tak kan aku nak bunoh kau sebab taksub sangat dengan JB tuh . So , aku tak ley nak buat apa - apa . Aku minta maaf lha kalau terkasar bahasa . Sesiapa terasa aku tak layan eh ? terutamanya girls . Rasulullah saw bersabda  : Ingatlah kepada ALLAH dalam masa senagmu , nescaya Dia akan mengingati mu di masa susah . Masa senang jangan ingat JB cik kak . Sebab masa kau susah Jb tak akan tolong kau :P hahaha , forgive me guys . okey , Assalamualaikum ^.^

Saturday, 18 June 2011

In My Mouth There Are Still Words Unsaid

I know the time has come and I've been thinking all over about it. I am really glad that you are happy to get what you have been waiting for. I am worry about you going to the new place, meeting new people and living new life. I hope you will take good care of yourself in doing something. Lastly, don't forget me okay? Text me and say that you are doing just fine. I love you like I always do.


Lots of love, zera.

Difficult for me

Aku tak suka apabila aku dengan tidak sengajanya telah meletakkan diri aku dalam suatu situasi yang rumit. Sangat rumit.

Mungkin, lebih baik jika aku mendiamkan diri buat sementara waktu.

Apa yang aku rasa sekarang?



Orang kata, hidup ni tak ubah macam filem.

Mungkinkah sebab filem menggambarkan kehidupan kita?

Atau sebab kita sendiri nak hidup macam adegan-adegan yang kita tengok dalam filem?

Tiba-tiba aku rasa aku ni dah jadi macam pelakon tambahan lah pulak dalam kisah cinta Harry.

Kenapa diorang tarik aku sekali dalam benda ni semua?

Aku rasa... bengang!!








Kalau lah hidup sebijik macam filem.

Lepas hero dapat happy ending...

...apa akan jadi kat orang jahat? Orang jahat macam aku ni?

(petikan daripada Utopia High, Freak Club - Slaium)

Talking To The Moon

Hai Bulan.

Awak sihat? Awak nampak sangat cantik malam ni, sangat terang.

Berdiri di balkoni di luar bilik yang terletak di tingkat 5, saya mendongak memandang langit gelap, menatap langit yang suram tanpa bintang-bintang. Kebiasaannya masa-masa macam sekarang ni, saya sedang duduk atas katil, online, atau pun buat apa yang sepatutnya. Tapi entah mengapa, tiba-tiba malam ni saya terasa seperti ingin berbual dengan awak. Mungkin kerana saya terasa sunyi sejak dua menjak ni. Mungkin.

Kehidupan saya di sini semakin bertambah baik. Saya gembira bertemu rakan-rakan baru. Saya gembira belajar benda-benda baru. Saya gembira explore tempat-tempat baru. Saya bersyukur. Tapi entah mengapa, jauh di sudut hati, saya terasa sunyi, suram. Dan saya sangat sangat sangat tak suka perasaan itu.

Kadang-kadang fikiran bercelaru, memikirkan apa keputusan terbaik yang perlu dilakukan setiap hari. Dan kadang-kadang, saya tak tau apa yang patut saya fikirkan. Situasi ini sangat merunsingkan. Saya bosan. Saya ingin keluar dari lingkaran kesunyian, tapi tak mampu. Saya tersekat, dan berundur, tersekat, dan meronta, tersekat dan tidak tahu bila akan selesai.

Berkali saya merenung kembali masa lalu. Dan banyak kali juga saya rasa saya ingin sangat padam jalur masa itu, dan lukis semula jalur masa itu dengan peristiwa yang lebih baik, supaya saya tak rasa apa yang saya rasa sekarang.

Tapi saya tahu, untuk mengubah jalur masa adalah mustahil. Sangat mustahil. Apa yang saya cuma mampu buat sekarang ialah mengutip sisa-sisa semangat dan terus menempuh dugaan masa hadapan.

Menatap langit, sambil berbual dengan awak mungkin nampak seperti perbuatan orang kurang waras. Tapi saya tak kisah. Kerana saya tahu, di suatu tempat yang lain, di atas muka bumi yang sama, ada lagi manusia yang sedang membuat perkara yang sama.

Saturday, 4 June 2011

Tell The World I Am Coming Home


Hello Earthling :] zera dah belajar macam mana nak buat tutorial . so , mulai naik school next week zera start buat tutorial untuk korang . zera bagi tak kene charge pon . zera ada buat tempahan header jugaa^^ pon percuma . kalau nak header cakap je dengan zera . maybe apa yang korang nak zera dapat penuhi :] sampai sini je lha . hehe . see next week . 


welcome back


HAHA , jangan tanya kenapa aku buat news blog . mungkin ada sebab kot . kalau korang dah tau diamdiam je k . :]] hope yang ni terbaik bagi aku .